
Berapa lama haruskah kita hidup di dunia ini, sebelum kita dapat cari kegembiraan? Apakah kegembiraan?
Ibubapa saya sudah bekerja bersama sejak hari pertama yang mereka bertemu - inilah satu 'fakta' yang tidak diubah selama 20 tahun. Yang tentu saja, sebagai anak ibubapa saya, saya sering berfikir bahawa bekerja bersama adalah satu hal yang semula jadi.
Tiap-tiap kali saya merenungkan tentang masa depan diri, saya akan berasa sedikit sedihnya kerana tidak dapat bekerja dengan suami saya. Di dalam hati saya, waktu malam tidak cukup untuk satu pasangan menghabiskan masa bersama-sama. Dan saya tahu, banyak pasangan bekerja di tempat yang bezanya - inilah maksud saya berasa cinta ialah satu benda yang menakjubkan. Meskipun seseorang hanya dapat berjumpa dengan suaminya selama beberapa jam dalam malam, rasa cinta antara mereka berdua masih sekuat logam. Kalau pasangan ini juga ada kanak-kanak, keluarga ini hanya dapat bersama-sama dalam malam atau hujung minggu. Dimanakah masanya?
Mungkinlah awak tahu cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. Sebagai seorang doktor waktu kerja saya panjang dan tidak beraturan. Dengan jadual yang macam ini, bagaimana saya cari masa bagi keluarga diri? Sejak kecil ibubapa sering di sisi hidup saya, sebabnya mereka boleh meninggal tempat kerja bila-bila mereka suka. Anak jatuh sakit? Membawanya ke klinik. Anak berasa sedih? Mengajaknya ke pusat membeli-belah. Bila-bila saya perlu bantuan ibubapa saya, mereka akan datang. Tetapi bolehkah saya memberi cinta yang sama kepada kanak-kanak saya di masa depan?
Kalau saya sebenarnya menjadi seorang doktor, pastilah saya sibukkan dengan kerja sendiri. Akankah saya ingin bermula satu keluarga jika saya tidak ada masa untuk menjaga kanak-kanak saya? Orang ramai menceritakan tentang kegembiraan yang hanya didapatkan melalui mengada anak. Kita menghidupkan dalam dunia ini bagi maksud kehidupan iaitu anak - benar atau tidak, jawapannya sedang menunggu di masa depan. Apa maksud kehidupan dan dimanakah kegembiraan ini? Mungkin saya akan tahu selepas beberapa tahun :)
No comments:
Post a Comment